Click-click!!

Monday, March 12, 2012

Barang baby :D.

Hai! Hari ni terlebih rajin nak update blog :D. Keadaan sekarang adalah ok. Alhamdulillah syukur pada tuhan. Sekarang cuma ada satu problem iaitu baby songsang. Tapi, gynae cakap jangan risau baby ni akan berpusing. InsyaAllah. Kalau baby degil juga, maknanya kena c-zer kot?


Sekarang just amalkan baca surah Harsy dengan senaman untuk baby songsang. Tok bidan urutkan untuk baby songsang? Oh taknaklah aku. Sebab baby dah besar sekarang. Takut apa apa risiko kan? Erm...


Saje je nak update kat blog pasal baby dan barang baby. Dah muncung-muncung mulut ni sebab dah lama tak mengomel dalam blog hihihihi..lama ke? :P


First, baju-baju baby. Tak banyak pun aku beli.. Just untuk keperluan. Semua dah siap lengkap dalam bonet  kereta dan satu dalam plastik aku asingkan untuk dibawa masuk labour room. Cewah! Macam bersedia nauuu aku kan? Hahaha.

Dalam box ni, barang aku pun ada. Seperti pad. Hueee Besar munyeeer ok! Tak pernah aku beli pad sebesar itu walaupun aku ni agak heavy period.  Comel je bila susun barang ni semua. Masa ada problem haritu, memang tak ada mood sangat nak kemas. Relakan je. Banyak fikir aku neh! Tak baeeek tau. Tak baekk untuk kesihatan baby. Now fikiran aku dah ok. Tapi ada juga lah perkara yang melalut lalut aku fikir. Sampai tak masuk dek akal. Apa-apa pun aku berdoa agar suatu hari aku dapat tengok baby dengan sihatnya. amin.




Dan last kopek! Aku (wak) dapat beli ni! Happy sangat. Thanks wakkk I luv youuuuuuuuu! :D



Diri ini kepingin mee bandung Muo.

 Salam semua ;).

Haritu kan, hurm bila ntah.. adalah kepingin nak makan mee bandung Muo. Since pregnant ni, tak adalah mengidam benda-benda pelik, alhamdulillah. Selalu nya kepingin lepas tu kalau tak dapat dah tak fikir dah... Kalau dapat, dapat...kalau tak kita cari makanan lain yang lagi mahal. Hahaha. Gilo...


Perencah untuk kuah, kirim dekat budak office..rupanya kakak ada stok..T______T so dia suruh cuba perencah yang dia beli dulu.


 Inilah hasilnya! :D. Abaikan penapis mee tu.. Hahaha. Tak kuasa mak buyong ni nak salin bekas cantik. Lagipun makan dengan keluarga je. Belasah! Hihihi.



Dan ini pula untuk mak buyung. Mee kuning dengan kadar yang sedikit. Ai kan GDM (siapa yang kena kencing manis masa mengandung tahu lah GDM tu apa. Hahaha). Sedapppp ok! Makan pula di bawah pokok..Wallah! 



Dan dan dan ini gambar mak buyung yang mengandung minggu ke-berapa ntah. Hahaha. Kembang hidung macam buah jambu air kan? T___T. 

Monday, March 5, 2012

35 weeks +.

Salam!

Mesti ramai ingat aku dah bersalin. Eh eh belum! Esok ada bsp, untuk lanjutan checkup kencing manis. Then, hari Rabu nanti jumpa pakar untuk checkup. Hurrmm maybe masa tu aku akan tahu keputusan doktor. Mungkin kena deliver awal atas sebab-sebab masalah yang aku alami.


Ermm takpalah, aku dah setmind supaya aku ready untuk semua itu. Apa-apa keputusan pakar aku terima, janji anak dalam kandungan ini sihat dan sempurna. Itu yang penting.


Oh alang-alang dah bercerita kan, meh kita cerita pasal persiapan :D. Semuanya sudah lengkap aku rasa. Cuma pengepam je aku tak beli lagi..Takpa lah tu masa pantang pun boleh cari kan? Haritu dah jumpa, tapi tak tahu macam mana kegunaan..mana yang bagus. Huhuhu. Siapa leh terangkan? :D. Kakak aku langsung tak pakai ngepam-ngepam ni..aku je gediks :P


Baju? Weekend haritu tambah lagi :D. Geram kot tengok baju budak. Lepas tu, minyak untuk baby pun dah beli. Aku prefer minyak telon. Bila baukan, sure aku rasa excited je nak pegang anak semua.. Hahaha.Bestkan bau minyak telon tu. Rasa macam nak letak kat ruang tamu rumah.. Biar bau macam bau ada baby.. Hahahaha hover!


Boleh dikatakan dah lengkap lah. Aku buat persiapan ala kadar je. Sebab baby kan cepat membesar. Then, last sekali..barang yang jumpa dan happy sekali waktu  (tengok wak bayar) beli adalah! Benda ini....







Yeay! Just standby takut susu aku tak kluo. Hahahaha. Comel kan botol tommee tippee ni? Aku beli sebab ada kawan wak suggestkan. Botol ni, adalah menyerupai sebiji tetek bentuk buah dada kita :D. So rembat!




Oklah sampai di sini sahaja. Nanti-nanti ketemu lagi k ;)